Friday, January 16, 2009


Menarik,penuh enigma,bijak,comel,manja dan menghiburkan. Kucing merupakan haiwan yang ternyata berlainan dalam alam haiwan.Ia seharusnya disanjung dan dikagumi sebab ia seolah diberkati kuasa luar biasa.

Sains masa kini berjaya menyingkap sesetengah misteri yang menyelubungi haiwan ini. Kajian membuktikan kucing yang kita sayangi dan hargai sebagai teman sebenarnya mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia.


  • Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi,khususnya untuk warga tua dan warga cacat.

  • Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.

  • Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan,perkongsian,tanggungjawab dan kasih sayang.Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.

  • Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah.Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.

  • Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.

  • Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.

  • Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.

  • Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk,selesema,sakit kepala dan sakit belakang.

  • Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing.Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan,kecemasan dan lain-lain

0 comments on " "

Post a Comment

Feel Free to Comment

Labels

 

This Is All AbOuT CaTs... Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery