Saturday, January 17, 2009

Benarkah kucing mempunyai ingatan yang lebih baik berbanding anjing??? Read This...




semasa saya berumur dalam 6 tahun, emak saya pernah menceritakan satu kisah mengenai mantan kucing kami . Ceritanya bermula begini, keluarga kami ada memelihara seekor kucing. setelah tiba waktunya, kucing ini pun melahirkan lima ekor anak. emak saya mengatakan bahawa kucing ini tidak pandai menjaga anaknya. setelah mula dewasa, kelima-lima anak kucing ini berak merata-rata tempat.. huh, bau busuk mula terhidu di dalam rumah kami. keadaan ini amat merimaskan.. terlalu merimaskan.. walaupun emak saya sudah mengajar anak-anak kucing ini berak di tempat yang disediakan, namun mereka tetap berdegil..
akhirnya emak saya mengambil keputusan untuk membawa anak-anak kucing ini dan juga emaknya ke kedai yang terletak jauh dari rumah kami atau dalam erti kata lain, menyesatkan anak kucing ini..memang menyedihkan.. but we have to coz.. its smell was terribly so bad.. then, came the day, emak saya pun menyesatkan kucing-kucing itu. tempat itu memang jauh, kalo menggunakan kereta, mungkin mengambil masa selama setengah jam.. apa lagi kalo berjalan kaki.. huh.. memang penat..
setelah menyesatkan anak kucing itu, emak saya mula timbul sedikit penyesalan. namun nasi sudah menjadi bubur.. yang berlalu tak kan kembali (bak Tajuk Lagu lotter). tapi setelah itu, rumah kami memang bebas dari bau tahi kucing..
tetapi satu kejadian yang tidak disangka-sangka terjadi seminggu selepas emak saya menyesatkan anak-anak kucing itu.. Di satu pagi yang cerah, kami semua terkejut apabila emak dan anak-anak kucing tersebut kembali semula ke rumah kami. kelihatannya anak kucing itu mula membesar dan sangat comel..mereka mula bermanja dengan emak saya..
memang menghairankan kerana selama seminggu mereka masih boleh survive dan pulang kerumah kami.. even a dog will never do like that.. im so proud of the kitten.. sampai ke hari ini, cucu-cucu anak kucing tersebut menetap d rumah kami...generasi mereka amat comel2.. hehehe..

0 comments on "Benarkah kucing mempunyai ingatan yang lebih baik berbanding anjing??? Read This..."

Post a Comment

Feel Free to Comment

Labels

 

This Is All AbOuT CaTs... Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery